Artikel

Pendapatan Penjawat Awam, Petugas Barisan Hadapan, Elaun Serta Pencen Tidak Akan Terkesan

Pendapatan penjawat awam dan kakitangan barisan hadapan tidak akan terjejas sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

Untuk makluman kerajaan telah memperincikan perbelanjaan pendapatan tersebut dapat disalurkan sehingga akhir Januari 2021 ini.

Maka, seharusnya isu kekangan pemberian pendapatan tersebut tidak perlu dibangkitkan. Ini kerana perkara itu telah diselenggarakan dibawah perbelanjaan kritikal negara.

Hanya perbelanjaan pembangunan sahaja yang akan terkesan disebabkan keputusan majoriti Belanjawan 2021.

Selain pendapatan penjawat awam dan petugas barisan hadapan – pemberian elaun, pencen serta bantuan kepada rakyat Malaysia turut tidak akan terkesan.