Artikel

Penilaian Risiko KKM Sebelum 6 Disember Ini – Akan Menentukan Lanjutan PKPB Di KL Dan Selangor

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor akan dimaklumkan setelah penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) dilakukan pada minggu akhir sebelum 6 Disember ini.

Mengulas lanjut berhubung peningkatan kes COVID-19 di kedua-dua kawasan ini – Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) pada sidang Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi mengatakan semakan tersebut akan dilakukan pada minggu akhir sebelum tarikh PKPB berakhir.

Sekiranya kadar jangkitan menunjukkan penurunan risiko dan mencapai sasaran penurunan penularan, maka KKM akan menasihati pelaksanaan PKPB ditamatkan.

Namun jika sebaliknya berlaku maka lanjutan PKPB akan dipertimbangkan.

Bagaimanapun, negara masih lagi memantau kadar penularan jangkitan pada KL dan Selangor.

DS Ismail Sabri turut mengingatkan meskipun PKPB ditamatkan namun pengenaan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit masih diteruskan bersama garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM.

Orang ramai wajib mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Tindakan itu bagi memberi jaminan menghentikan wabak tersebut.