Artikel

Halatuju Vaksin Malaysia Kini Dibangunkan, Bantu Mengurangkan Kebergantungan Pada Pakar Luar – KJ

Kerajaan kini bersama Majlis Sains Negara telah bersetuju agar pembentukan Halatuju Pembangunan Vaksin Negara dibangunkan.

Tindakan ini bukan sahaja meningkatkan penglibatan negara pada penghasilan vaksin manusia tempatan namun turut menaiktarafkan penggunaan fasiliti kesihatan negara.

Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI pada sidang Dewan Rakyat hari ini – pembangunan halatuju tersebut dapat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Bahkan, usaha ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kebergantungan negara pada pakar negara lain.

KJ turut memberi jaminan bahawa jangkaan bagi roadmap ini akan tersedia pada suku kedua tahun 2021.

Usaha ini dilihat menarik pada pembangunan tinjauan vaksin negara – menerusi kerjasama bersama China sudah pasti pertukaran tenaga pakar pada kedua-dua buah negara mampu menghasilkan pembentukan R&D yang lebih baik.

Pada sidang yang sama – bagi meneruskan kelangsungan pembangunan vaksin tempatan. MOSTI turut memperuntukan dana sejumlah RM2.1 juta kepada Universiti Malaya (UM) bagi penghasilan vaksin negara.