Artikel

Seramai 95,995 Individu Telah Diberhentikan Kerja – Sejak Januari Hingga 13 November 2020

Seperti yang umum ketahui, kadar pengangguran negara ketika ini adalah pada paras 4.6% iaitu lebih 730,000 penganggur dicatatkan.

Namun berdasarkan data Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) – sejak Januari sehingga 13 November, sekitar 95,995 individu telah diberhentikan pekerjaan.

Antara sektor memaparkan perberhentian pekerja tertinggi adalah dalam kalangan industri kilang, teknikal, pentadbiran, pembinaan, perkhidmatan hotel, makanan dan minuman serta bahagian gundang dan peruncitan.

Penyataan ini telah dikongsikan secara bertulis oleh Kementerian Sumber Manusia berhubung persoalan pada sidang Dewan Rakyat semalam.