Artikel

JASA Kini Dikenali Sebagai J-Kom, Berperanan Mewujudkan Komunikasi 2 Hala

Sekiranya dahulu ia dikenali sebagai JASA – Jabatan Hal Ehwal Khas kini kerajaan telah menjenamakan semula jabatan tersebut sebagai J-Kom iaitu Jabatan Komunikasi Komuniti.

Penjenamaan semula ini secara tidak langsung menampilkan peranan J-Kom kini dilihat berbeza dalam mewujudkan komunikasi dua hala antara rakyat dan pentadbiran negara.

Setakat ini, J-Kom berperanan dalam membentuk komunikasi strategik selaras dengan pembudayaan norma baharu pada masyarakat negara.

Kenyataan ini telah dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi.

Di mana terdapat penekanan terhadap kemahiran digital, pembangunan komuniti dan peningkatan pendekatan semangat kenegaraan.

Berdasarkan makluman tersebut, Datuk Saifuddin mengharapkan penjelasan perubahan peranan ini dapat diasingkan dengan bidang kuasa Jabatan Penerangan.

Pada sidang yang sama, beliau turut mengatakan peruntukan RM85.5 juta terhadap J-Kom ini akan diturunkan kelak. Namun angka sebenar penurunan peruntukan tersebut tidak dinyatakan.