Artikel

Semua Pekerja Ekonomi Gig, Bekerja Sendiri Dicadangkan Wajib Mencarum Perkeso – KSM

Kini terdapat cadangan untuk mewajibkan kaedah caruman pekerja ekonomi gig dan pekerja bekerja sendiri pada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Cadangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ini adalah mengfokuskan kepada kepentingan caruman itu membantu hak pekerja ketika bertugas. Perkara ini harus diwajibkan bagi memberi jaminan kepada persekitaran pekerja.

Oleh itu, antara usul lain adalah meminda Akta 789 Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bagi membolehkan keselamatan dan kepentingan pekerja terus terjamin.

Setakat ini, Perkeso sedang meneliti akta tersebut dan usul tersebut akan dibincangkan dan dibawa kepada kabinet untuk perubahan seterusnya.