Sebarang cukai baharu hanya akan diperkenalkan setelah pertumbuhan negara kembali stabil semula.
Pada ketika ini, sejak akhir 2019 lagi kerajaan sedang melihat pengenalan cukai-cukai baharu yang menepati dengan kedudukan negara.
Bagaimanapun, setakat ini tumpuan harus diberikan kepada proses pemulihan negara.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul tindakan pengenalan cukai baharu itu hanya akan dilaksanakan setelah keseimbangan ekonomi negara dicapai.
Selain itu, kerajaan juga kini sedang mengfokuskan memperluaskan sektor tertentu bagi meningkatkan semula KDNK negara.
Tindakan ini secara tidak langsung akan mendorong kepada faktor pengurangan paras hutang negara daripada 60%.