Artikel

Mulai Hari Ini, Sekiranya Negatif – Individu Yang Tiba Dari Sabah Tidak Perlu Kuarantin 14 Hari

Sebelum berlepas dari Sabah, inidividu diwajibkan menjalani ujian saringan 3 hari sebelum memulakan perjalanan mereka.

Perkara itu dikuatkuasakan bermula hari ini (25 November).

Apa yang menarik, pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam adalah sekiranya individu yang menjalani ujian saringan tersebut didapati negatif. Maka mereka tidak lagi perlu jalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya.

Namun bagi individu yang didapati positif COVID-19, mereka tidak dibenarkan melakukan perjalanan keluar dari Sabah dan akan dirujuk pada hospital untuk rawatan lanjutan.

Sementara itu, bagi inidividu yang negatif tetapi menunjukkan gejala – maka mereka akan dibawa pihak kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Keputusan ini telah dicapai bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) – ini kerana rekod kadar jangkitan penularan dilihat semakin menurun.