Kini sebanyak 4,937 permohonan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah diluluskan di bawah pinjaman PENJANA.
Pinjaman tersebut membawa kepada jumlah pinjaman sekitar RM1.033 bilion.
Menerusi data sehingga 13 November – pembiayaan ini secara tidak langsung dapat merangsang dan melonjakkan perniagaan ekonomi negara.
Malah peruntukan itu meliputi, dana sejumlah RM2 bilion dan saluran dana itu memberi keutamaan kepada warga PKS yang tidak pernah memperolehi sebarang pinjaman daripada bank sebelum ini.