Artikel

Kawalan Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diperketatkan – PAC

Terdapat kecurian maklumat peribadi pengguna bagi mewujudkan kuota palsu di bawah Sistem Imigresen Malaysia.

Data Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) kini melihat terdapat peningkatan permohonan khas bagi pekerja asing berbanding permohonan biasa.

Kepincangan sistem ini dilaporkan melibatkan kelulusan khas pada subsektor yang telah dibekukan – tindakan itu membawa kepada pengurangan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Bukan itu sahaja, PAC turut mendapati terdapat kelemahan pada sistem Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) – di mana tiada rekod pergerakan keluar disimpan bagi pekerja asing yang gagal menjalani pemeriksaan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing.

Kenyataan itu membawa kepada risiko penularan wabak yang tidak direkodkan dalam data negara.

Oleh itu, kini Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia digesa membentuk sebuah sistem bersepadu bagi pengawalan pengambilan pekerja asing dan pengurusan – supaya dapat menyimpan rekod data dari kementerian dan jabatan terlibat.