Kumpulan B40 dan M40 kini boleh menerima bantuan kewangan secara bersasar dibawah MBSB Bank Berhad.
Usaha ini bagi membantu mereka yang terjejas disebabkan COVID-19.
Bantuan secara bersasar ini akan tertumpu kepada pembiayaan hartanah, pinjaman peribadi dan kenderaan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ahmad Zaini Othman – menerusi bantuan ini ia secara tidak langsung mampu meringankan bebanan kewangan kumpulan bersasar.
Individu B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dapat memperoleh penangguhan pembayaran bulanan tiga bulan atau pengurangan pembayaran bulanan sebanyak 50% untuk tempoh enam bulan.
Sementara itu, bagi individu dalam kategori M40 yang didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN), mereka boleh menerima pengurangan pembayaran bulanan sebanyak 50% untuk tempoh enam bulan setelah mendapat kelulusan.
Sebelum ini, penawaran bantuan ini telah dimulakan sejak Ogos lagi dan seramai 2,200 pelanggan telah menerima manfaat bantuan dan lanjutan pembayaran.