Artikel

Kebenaran Perjalanan Zon Hijau, Mampu Hidupkan Semula Pelancongan Domestik Negara

Pelancongan domestik kini mampu dirancakkan semula dengan kebenaran perjalanan pada zon hijau.

Menurut Datuk Seri Nancy Shukri – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya perjalanan domestik pada kawasan hijau kini akan dibenarkan kereta persendirian dan bas pelancongan membawa sejumlah penumpang.

Untuk makluman, kelonggaran sekatan perjalanan ini adalah sebahagian daripada pelan pemulihan untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan yang terkena wabak COVID-19.

Kementerian akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) untuk memastikan pelan ini memenuhi objektifnya.

Kebenaran itu akan diberikan kepada pergerakan dari zon hijau ke zon hijau.

Sementara itu, bagi perjalanan dari zon bukan hijau ke zon hijau – individu memerlukan pas kebenaran dari pihak berkuasa dan agensi pelancongan yang berdaftar dibawah kementerian.

Di bawah usaha ini – semua pihak yang terlibat perlulah mematuhi garis panduan yang ditetapkan dengan bertanggungjawab. Syarat mematuhi arahan norma baharu perlulah dilaksanakan bagi memastikan proses perjalanan adalah bebas dari wabak COVID-19.