Kini semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.
Persetujuan ini telah dimaklumkan oleh Dato’ Seri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) pada sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi.
Kesemua aktiviti perniagaan ini merangkumi kedai runcit, serbaneka, restoran, penjaja dan peniaga barangan.
Penguatkuasaan ini dilakukan bermula esok pada 24 November 2020.