Kini sebanyak 204 entiti perniagaan pada teras pelancongan dan perhotelan telah menamatkan operasi syarikat mereka.
Angka ini telah dicatatkan sejak Mac lalu – di mana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilakukan.
Menurut Datuk Seri Nancy Shukri – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu mengatakan dorongan penutupan tersebut adalah disebabkan pelakasanaan kawalan pergerakan yang mengekang dan meningkatkan kos operasi yang perlu ditanggung oleh para peniaga.
Meskipun, penutupan perniagaan ini jelas memberi gambaran kemerosotan sektor pelancongan – namun dengan adanya peruntukan bagi pemulihan peringkat domestik.
Situasi pertumbuhan semasa dapat dibaik semula.
Untuk makluman, pada 18 November lalu – pihak kementerian telah memberi kenyataan berhubung peruntukan Belanjawan 2021 sebanyak RM200 juta untuk sektor pelancongan.
Antara agenda utama yang akan diberi tumpuan adalah strategi meningkatkan semula tarikan pelancongan domestik dan membangunkan semula industri kreatif, kraftangan.
Menerusi peruntukan tersebut ia mampu membuka peluang kepada pengamal industri untuk terus meningkatkan semula ekonomi negara.