Artikel

Keperluan Lanjutan PKPB Akan Dilakukan, Sekiranya Kes COVID-19 Terus Meningkat

Sekiranya catatan kes positif COVID-19 negara terus meningkat, keperluan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dipertimbangkan.

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kanan (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan mengatakan kerajaan akan melakukan perincian berdasarkan situasi semasa bagi pelaksanaan lanjutan PKPB.

Namun perkara itu hanya akan dilaksanakan sekiranya angka positif kes terus memaparkan peningkatan.

Pertimbangan itu meliputi lanjutan kawalan pergerakan sehingga akhir Disember 2020 ini.