Artikel

Bidang Pertanian Mencatatkan Jumlah Graduan Terkecil Bagi Universiti Awam 2019

Ternyata bidang Pertanian dan Veterinar sekadar menghasilkan graduan Universiti Awam sekitar 2,837.

Angka ini secara tidak langsung menunjukkan bidang tersebut menghasilkan jumlah graduan yang paling terkecil bagi tahun 2019.

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) jumlah tersebut merangkumi graduan perempuan 1,644 dan graduan lelaki 1,193.

Kenyataan ini secara tidak langsung jelas menjadi faktor mengapa penglibatan golongan muda pada sektor pertanian kurang dipertingkatkan.

Bahkan, terdapat hanya beberapa buah universiti awam sahaja yang menawarkan bidang pengajian pada sektor pertanian ini di Malaysia.

Untuk makluman kira-kira 8.1% sumbangan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah dilakukan oleh sektor pertanian. Ini bermakna sekitar pulangan RM81 bilion mampu dijana pada pertumbuhan negara.

Seharusnya pemerkasaan perlu dilaksanakan bagi menarik minat lebih ramai warga belia untuk terlibat pada pasaran pertanian negara. Ia perlu dimulakan pada institusi pengajian negara.

Sekiranya tiada penekanan pada sektor pengajian tinggi ini sudah pasti menjadi kerugian buat bahagian pengeluaran import dan eksport negara.