Artikel

Maxis Cabar Tuntutan Tambahan LHDN – Berjumlah RM140 Juta

Maxis Broadband kini mencabar tuntutan tambahan cukai RM140 juta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tuntutan tambahan tersebut merangkumi penalti taksiran bagi tahun 2016 dan 2017.

Maxis mengatakan isu tuntutan ini berbangkit disebabkan penolakan pemotongan perbelanjaan faedah yang telah dikenakan sebelum ini.

Berdasarkan laporan, tuntutan tersebut telah dikemukakan oleh Ketua Pengarah LHDN – atas nasihat guaman, Maxis akan laksanakan tindakan perundangan dengan mencabar tuntutan tersebut.

Untuk makluman, Maxis Broadband Sdn Bhd adalah salah satu daripada enam anak syarikat langsung di bawah Kumpulan Maxis yang bertanggungjawab menyediakan rangkaian perkhidmatan, penyelesaian telekomunikasi.

Sementara menanti proses perundangan tersebut- ketika ini tiada sebarang kesan kewangan diterima pihaknya. Selain pengenaan tuntutan tambahan itu, Maxis Broaadband turut terpalit dengan 28 kompaun yang diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sejumlah RM1.4 juta dikenakan ke atas mereka berikutan kegagalan memenuhi piawaian kualiti perkhidmatan pada separuh pertama 2020.