Artikel

Kunjungan Ke Klinik Swasta Menurun Sejak Mac – Sekitar 200 Klinik Dianggar Tutup Penghujung Tahun Ini

Malaysian Medical Association (MMA) kini berkongsi mengatakan sektor kesihatan turut menghadapi krisis sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula Mac 2020 lepas.

Ia dikatakan kunjungan pesakit ke klinik swasta dilihat berkurangan sejak bulan Mac lepas. Orang ramai dikatakan tidak ke klinik untuk membuat pemeriksaan, disamping mengelak untuk ke klinik atau hospital disebabkan penularan Covid-19.

Secara kasar, ia diperkatakan beberapa klinik melihat pengurangan sekitar 70-80% berbanding kebiasaan.

Melalui anggaran kasar, MMA menyasarkan sekitar 200 klinik mungkin ditutup menjelang penghujun 2020 ini.