Artikel

Bermula 21 November Hingga 6 Disember – Negeri Kelantan Pula Dikenakan Tindakan PKPB

Berdasarkan sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, kini negeri Kelantan pula dikenakan tindakan penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 21 November sehingga 6 Disember ini.

Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) tindakan itu bagi membasmi penularan pandemik yang lebih tinggi.

Ini bermakna pergerakan antara daerah akan dipantau dan perjalanan keluar masuk pada negeri tersebut perlu memiliki perintah kebenaran dari pihak polis.

Tindakan ini adalah saranan dibawah persetujuan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).