Artikel

Pharmaniaga Bakal Mewujudkan Kemudahan Vaksin Halal Menjelang 2024

Pharmaniaga bkal mewujudkan kemudahan penghasilan vaksin halal buat sektor kesihatan negara.

Berdasarkan perancangan semasa syarikat, selaku farmaseutikal terbesar negara – pihaknya menyasarkan pengeluaran vaksin halal pertama di dunia ini adalah bermula pada 2024 kelak.

Menerusi kemudahan itu, terdapat tiga fasa yang perlu dilalui iaitu fasa menaiktaraf, penyelidikan serta pembangunan.

Menurut Pharmaniaga,  kemudahan vaksin halal itu bukan sahaj dapat memanfaatkan pasaran negara, bahkan pasaran global.

Seterusnya, setakat ini Pharmaniaga telah mencapai 80% persediaan berhubung pembangunan bekalan vaksin COVID-19.

Pihaknya masih menanti hasil persetujuan pembelian pengeluaran vaksin tersebut.