Biskut Julie’s merupakan salah satu jenama biskut dan makanan yang tidak asing bagi ramai pengguna tempatan. Terkini, selepas sekitar 35 tahun ditubuhkan, kini Julie’s memperkenalkan penjenamaan baharu untuk identiti syarikat mereka.
Melalui penjenamaan baharu ini, ia memperlihatkan penggunaan watak yang lebih muda, dan lebih moden berbanding penjenamaan sebelum ini. Julie’s turut mengatakan dengan memandang ke atas, kini ia lebih memperlihatkan keyakinan dan harapan melaluinya.
Dengan penjenamaan baharu ini juga, mereka menyasarkan untuk mencapai lebih ramai pengguna muda dan remaja. Bersama-sama penjenamaan ini juga, pihak Julie’s akan lebih memfokuskan kepada pengguna, dan menggunakan arena digital dalam membuat capaian terus kepada pengguna.