Tony Fernandes kini menjual aset hartanahnya di kawasan luar bandar, Ayrshire – seluas 125 ekar dengan kitaran RM13.55 juta.
Rumah agam abad ke 18 di Scotland itu, kini telah diperlihatkan pada portal syarikat hartanah terkemuka, Savills.
Menurut laporan harian The Sun UK ini, kesan pandemik telah telah menjadi antara faktor jualan hartanah tersebut dilakukan, tindakan itu diperkatakan bagi menyelamatkan empayar perniagaannya.
Savills mengatakan penjualan hartanah tersebut merangkumi tiga bahagian iaitu Skeldon House, Castle Cottage dan The Coach House. Di mana, terdapatnya beberapa fasiliti seperti sauna, gimnasium, bilik bawah tanah dan bahagian gelanggang.
Untuk makluman, Tony Fernandes pada Mac 2020 lalu telah disenaraikan kedudukan 41 terkaya di Forbes Malaysia.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia itu pada kedudukan tersebut, aset kekayaannya telah menyusut menjadi RM1.3 bilion (AS$335 juta).