Artikel

Prestasi Kumpulan Terus Terjejas, AirAsia X Catat Kerugian Bersih RM308.5 Juta – Suku Ketiga

Suku ketiga kini memperlihatkan AirAsia X Bhd (AAX) mengalami kerugian bersih yang besar, sebanyak RM308.5 juta.

Laporan kewangan itu jelas memaparkan pelaksanaan perintah kawalan dan penutupan sempadan ke atas sektor penerbangan memberi kesan yang mendalam.

Bukan itu sahaja, pendapatan turut merundum kepada RM59.9 juta berbanding  RM1.01 bilion pada tahun lalu.

Melihat keadaan ini, kumpulan syarikat sebelum ini pernah mengumumkan pelaksanaan penyusunan semula hutang akan dilakukan. Usaha untuk menyelesaikan jumlah tunggakan itu akan dilakukan dalam jangka masa 5 tahun ini.

Penyusunan semula itu penting untuk memastikan prestasi kumplan dan kelangsungan operasi penerbangan dapat diteruskan.