Didikan berhubung pengetahuan kewangan perlu diteruskan kepada rakyat Malaysia.
Itu adalah antara fokus Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada pelancaran Minggu Saham Digital (MSD) hari ini (19 November). Objektif Majlis Saham Amanah Malaysia (MSAM) ini diteruskan bagi meningkatkan lagi pemahaman masyarakat negara berhubung kepentingan simpanan dan pelaburan.
Malah, selain itu, usaha pemaparan MSD secara maya ini juga selaras dengan tindakan kerajaan dalam memastikan penerapan digital pada pertumbuhan ekonomi dapat dilakukan.
Turut hadir pada acara pelancaran adalah Tan Sri dr. Zeti Aziz – Pengerusi PNB dan Menteri Kewangan – Tengku Zafrul Abdul Aziz bersama perutusan video Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Tengku Zafrul, penglibatan MSD pada ekonomi negara dapat memberi kesedaran yang tinggi keada rakyat negara behubung pendekatan ekonomi secara digital. Ia bukan sahaja mudah diterima malah dapat memanfaatkan pelbagai komuniti pada kapasiti yang tiada had.
Melalui MSD, membolehkan semua pihak dapat berinteraksi dan dapat didekati tanpa mengira lapisan umur masyarakat. Secara tidak langsung sasaran agenda MSD dalam mendidik rakyat negara dapat dicapai.