Artikel

Lebih Separuh Ahli KWSP Berusia 54 Tahun, Memiliki Simpanan Kurang Daripada RM50,000

Ternyata lebih daripada separuh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berbaki satu tahun daripada umur persaraan 55 tahun, memiliki simpanan bawah RM50,000.

Kenyataan KWSP ini menunjukkan pencarum berumur 54 tahun tersebut, rata-ratanya memiliki simpanan yang sedikit berbanding apa yang ditakrifkan oleh KWSP.

Ini kerana, KWSP pada asasnya telah menetapkan jumlah sasaran minimum ahli pencarum yang akan diperolehi di usia 55 tahun adalah sekitar RM240,000.

Jumlah tersebut dianggarkan dapat menampung keperluan asas persaraan pencarum selama 20 tahun. Di mana, pendapatan bulanan maksimum RM1,000.

Namun sekiranya, para pencarum memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000 – ini bermakna para pencarum sekadar memiliki pendapatan sebanyak RM200 sebulan sahaja untuk menampung kehidupan persaraan.

Secara tidak langsung, kenyataan itu menunjukkan angka simpanan persaraan tersebut tidak memadai untuk kelangsungan kehidupan.

Malah, ia hanya mampu bertahan sekitar setahun lebih sahaja.