Artikel

Nisbah Hutang Isi Rumah KDNK Cecah 87.5% – Tahap Tertinggi Setakat Ini

Bebanan komitmen buat isi rumah rakyat Malaysia kini semakin meningkat.

Berdasarkan data Jabatan Statistik Negara, 7 daripada 10 kelompok individu yang bekerja sendiri dikatakan tidak mempunyai simpanan kurang dari sebulan sahaja.

Lebih mengerunkan, cabaran pandemik COVID-19 ketika ini telah mendorong peningkatan nisbah hutang isi rumah bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahap tertinggi. Iaitu pada nilai 87.5%.

Perkara ini secara jelas menjadi antara pendorong utama kepada faktor muflis rakyat negara.

Data sehingga Jun 2020 itu, jelas menunjukkan bebanan komitmen rakyat negara semakin meruncing.

Malah, angka itu dijangka terus meningkat – susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober lalu di negeri terpilih dan 9 November lalu pada hampir keseluruhan negeri di Malaysia.