Suku ketiga tahun ini, Media Prima Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai sekitar RM11.8 juta.
Angka itu sekaligus telah memperbaiki rekod kerugian suku yang sama tahun lalu dengan kerugian selepas cukai adalah RM25.6 juta.
Apa yang lebih menarik, perolehan syarikat sepanjang tempoh 9 bulan ini adalah sekitar RM743.5 juta. Angka ini dilihat berjaya mengekalkan momentum dengan hanya penyusutan 7.0% sahaja.
Antara agenda yang berjaya dilakukan dalam strategi pemaparan program, adalah pencapaian WOWSHOP telah berjaya meningkatkan kembali bilangan penonton dan pengguna di saluran mereka.
Kesan pelaksanaan perintah kawalan sememangnya memberi peluang kepada syarikat media untuk memenuhi permintaan penonton berdasarkan minat serta keperluan semasa ketika ini.