Penjaja dan peniaga negeri Perak kini bakal meneriman bantuan RM500 secara one-off menerusi peruntukan bantuan khas.
Dana dibawah peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak ini akan disalurkan bagi membantu operasi perniagaan penjaja berikutan kerugian yang dihadapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selain penyaluran dana itu, pegecualian sewaan gerai makanan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) turut diberikan bagi jangka masa sebulan – November 2020.
Pengecualian itu memberi manfaat kepada 10,335 penjaja dan peniaga.
Sementara itu, penyaluran dana RM500 itu pula merangkumi peruntukan sebanyak RM4.7 juta di mana sekitar 9,381 penjaja kecil dan peniaga beroleh faedah tersebut.