Artikel

Perkhidmatan Penghantaran Negara Kini Diperkasakan, Bantu Rakyat Jana Pendapatan – MEDAC

Usaha bagi membantu peluang pekerjaan negara, kini kerajaan mula menawarkan program khidmat penghantaran penjaja dan peniaga kecil pada Program Micro Connector.

Platform dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) ini akan membiayai sebahagian kos bagi penglibatan kelas B40 pada perkhidmatan tersebut dan membekalkan kit berjumlah RM250 kepada penghantar.

Kenyataan itu telah dimaklumkan Menteri MEDAC – Dato’ Sri Wan Junaidi ketika acara pelancaran Warong Rider, semalam.

Setakat ini, sejumlah RM875,000 diperuntukan oleh SME Corp kepada 5,000 penghantar perkhidmatan.

Selain sokongan kolaborasi dari SME Corp, penglibatan TEKUN Nasional juga turut disediakan – di mana pembiayaan serta fasa baik pulih motosikal akan disalurkan dibawah skim TEKUN Nasional Mobilepreneur 3.0.