Artikel

Maybank Tidak Lagi Akan Menawarkan Notifikasi SMS Untuk Transaksi Kad Debit Yang Berjaya Bermula 3 Disember

Maybank kini mengumumkan, bermula 3 Disember 2020 kelak, pengguna tidak lagi akan menerima notifikasi SMS untuk transaksi kad debit yang berjaya. Sebaliknya, Maybank akan menghantar notifikasi melalui aplikasi Maybank mereka.

Selari dengannya, untuk menerima notifikasi melalui aplikasi Maybank, pengguna perlu mengaktifkan ciri notifikasi pada aplikasi Maybank pada peranti Android dan iPhone. Ini sekaligus akan memerlukan anda memasang aplikasi Maybank pada peranti anda untuk terus menerimanya.

Untuk pengguna iPhone, berikut merupakan langkah untuk mengaktifkan ciri notifikasi pada aplikasi:

  • Pergi ke halaman Settings.
  • Pilih Maybank MY
  • Tekan Notification
  • Pilih Allow Notification.

Untuk pengguna Android pula, anda perlu ke halaman Settings, pilih Applications, cari Maybank MY, pilih Notifications, dan tekan Enable atau ON.