Artikel

Malaysia, China Temeterai Kerjasama Pembangunan Dan Pembekalan Vaksin COVID-19

Perjanjian selama 5 tahun itu telah dilaksanakan bagi pembangunan serta pembekalan vaksin COVID-19.

Usaha ini secara tidak langsung memberi kelebihan akses kepada sektor perubatan negara dalam perolehan vaksin. 

Kerjasama itu ditemeterai secara maya oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi – Khairy Jamaluddin bersama wakil China Wang Zhigang semalam (18 November).

Selain akses bekalan vaksin, kerjasama ini turut membuka ruang perkongsian kepakaran antara dua negara dari segi tenaga teknologi dan saintifik.

Malah turut difahamkan setelah 5 tahun kerjasama ini berakhir – China dan Malaysia bersetuju melanjutkan ia kepada 1 tahun kerjasama. 

Ini bermakna pelbagai gandingan dapat dipelopori sepanjang 6 tahun akan datang.