Ramai pihak mempersoalkan andaian pertumbuhan ekonomi negara pada capaian 6.5% sehingga 7% itu tidak relevan.
Bagaimanapun, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu – jangkaan Perbelanjaan Pembangunan adalah mampu meningkatkan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) pada 4% untuk 2021.
Menurut Menteri Kewangan , Tengku Zafrul perkara itu turut dijangkakan oleh pemerhati ekonomi negara seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), S&P, Bank Dunia dan Moody’s.
Peningkatan KDNK kepada 6.5% – 7% adalah berpandukan kepada ketersediaan vaksin COVID-19 buat negara.
Sekiranya negara dapat melakukan tindakan sedemikian, sudah pasti dalam tempoh 6 bulan pertama pemulihan ekonomi negara dapat dicapai.
Setakat ini, bahagian eksport dan pembuatan stabil dalam menjalankan operasi pada pasaran.
Namun, disebabkan pelaksanaan PKPB – sektor pelancongan domestik mengalami kemerosotan. Perkara itu dilakukan bagi memulihkan semula ekosistem ekonomi.