Artikel

Bebanan Hutang Melebihi RM850 Juta, AirAsia Japan Failkan Muflis

AirAsia Japan semalam telah mengfailkan muflis.

Sehingga kini, syarikat tersebut memiliki bebanan hutang sekitar 21.7 bilion yen iaitu RM853.6 juta – menjadikan ia antara syarikat penerbangan terawal yang mengfailkan muflis pada sektor udara.

Syarikat milik pegangan 33% AirAsia Group Bhd ini mengatakan kesan pandemik COVID-19 telah merosotkan permintaan perkhidmatan mereka.

Apa yang lebih terkesan, sekitar 23,000 pelanggan masih gagal memperolehi bayaran semula pembatalan tiket penerbangan mereka. Malah tanggungan kos yang tinggi juga menyebabkan syarikat terpaksa menutup operasi.

Sebelum ini, pada 5 Oktober lalu syarikat penerbangan tambang rendah itu telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi dengan serta-merta.

Tindakan itu bagi mengurangkan kenaikan tunai yang membebankan operasi syarikat penerbangan.