Cadangan mencetak wang Ringgit Malaysia demi merancakkan semula ekonomi negara dan menghapuskan hutang bukanlah suatu idea yang baik untuk nilai mata wang negara.
Usul itu telah diketengahkan Wan Ahmad Fayshal – Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada ucapannya di saluran radio BFM minggu ini.
Idea tersebut telah ditolak oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) Jalil Rasheed menerusi ciapan Twitternya semalam.
Printing money is not a solution for Malaysia. It drives down the currency value (it’s already weak enough) when you have too much in circulation. It’s like dividing your cake from 10 pieces to 20 pieces. Your portion becomes smaller.
— Jalil Rasheed (@jalilword) November 17, 2020
Ia dikatakan tidak akan berjaya dan sekadar melemahkan nilai mata wang negara sahaja.
Dasar pencetakan wang tunai itu hanya boleh dilakukan ke atas wang Dolar sahaja. Ini kerana, meskipun jumlah cetakan wang meningkat, ia tidak akan mengugat nilai mata wang Dolar kerana permintaannya pada pasaran dagangan sentiasa tinggi.