Artikel

Huawei Menjual Perniagaan Telefon Honor Disebabkan Oleh Tekanan

Huawei sedia menghadapi tekanan disebabkan oleh perang perdagangan bersama Amerika Syarikat. Disebabkan olehnya, Huawei tidak boleh mendapatkan komponen untuk telefon pintar – sekaligus menyukarkan mereka dalam pembanguna dan pengeluaran telefon pintar baru. Selain perniagaan Huawei, sub-jenama mereka, Honor juga turut terjejas kerana halangan perdagangan tersebut.

Disebabkan olehnya, kini Huawei memilih untuk menjual perniagaan telefon Honor kepada Shenzhen Zhixin New Information Technology di China.

Dengan jualan ini, Huawei berharap Honor akan terus beroperasi dengan lancar tanpa gangguan. Melalui kenyataan rasmi, Huawei turut mengatakan mereka tidak akan memegang sebarang saham, atau terlibat dalam pengurusan atau aktiviti membuat keputusan pada syarikat Honor yang baharu tersebut.

Honor sebelum ini telah dibangunkan oleh Huawei pada 2013 yang lepas, dalam usaha menyasarka pengguna muda. Honor memfokuskan kepada penawaran peranti pada harga lebih kompetitif berbanding Huawei, dan mempunyai peminatnya tersendiri.