Artikel

Zoo Negara Berdepan Krisis Kewangan, Dana Kecemasan Mampu Bertahan 3 Bulan Sahaja

Tidak hanya manusia, haiwan juga mengalami kesan yang hebat disebabkan pandemik COVID-19.

Kini, Zoo Negara dibawah pengurusan Malaysian Zoological Society sedang mengalami krisis kewangan. Di mana, tabung dana kecemasan entiti tersebut pada ketika ini hanya mampu bertahan sekitar 3 bulan sahaja lagi.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini jelas menambahkan lagi kesan operasi mereka dalam menjana pendapatan dan kelangsungan pekerjaan buat kakitangan Zoo.

Menurut laporan – Pengarah Zoologi dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, Dr Mat Naim Ramli mengatakan PKPB memberi kesan yang mendalam kepada perolehan mereka. Pendapatan operasi kian merosot.

Secara tidak langsung meningkatkan lagi tanggungan kos operasi dan pembayaran upah kakitangan yang dianggarkan sekitar RM1 juta sebulan.

Setakat ini, pihak Zoo Negara masih menanti perancangan selanjutnya pihhak kerajaan dalam menangani isu ini, bagi pihak yang ingin menyalurkan bantuan boleh layari pada pautan laman rasmi Zoo Negara ini.