Artikel

Huawei Bekerjasama Dengan UnionPay Dan ICBC Untuk Memperkenalkan Huawei Pay Di Malaysia

Huawei, salah satu syarikat telekomunikasi popular, kini telah mengumumkan penawaran dompet digital mereka tersendiri untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei Pay.

Untuk pengenalan di Malaysia, Huawei bekerjasama dengan pihak UnionPay dan juga ICBC (Industrial and Commercial Bank of China).

Huawei Pay

Huawei Pay boleh digunakan pada peranti Huawei yang turut menyertakan sokongan NFC. Pengguna boleh menambah kad bank ke Huawei Pay, dan seterusnya melakukan pembayaran nirsentuh terus menggunakan telefon pintar mereka.

Untuk peringkat permulaan, pengguna ICBC UnionPay Credit Card boleh menggunakan Huawei Pay ini, dan melakukan pembayaran pada terminal UnionPay QuickPass yang terdapat pada sejumlah lokasi, termasuk di McDonalds, KFC, FashionValet, Sephora, Dunkin Donuts, Nike, Puma, Parkson, Isetan, NSK, Family Mart dan lain-lain.