Artikel

Syarikat Telekomunikasi Indonesia, Telkomsel Membuat Pelaburan Pada Gojek

Telkomsel, syarikat telekomunikasi terbesar di Indonesia, kini telah melakukan pelaburan sebanyak $150 juta pada perkhidmatan seru-pandu, Gojek.

Dengan pelaburan strategik ini, ia dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak – apatah lagi dimana Gojek bukan sahaja setakat seru-pandu, tetapi turut telah memasuki arena kewangan dan penghantaran makanan di Indonesia.

Sebelum ini, kedua-dua pihak sedia bekerjasama, dan Telkomsel menawarkan pakej khusus untuk pemandu Gojek.

Gojek pada hari ini mempunyai sekitar 170 juta pengguna, dan turut telah menerima pelaburan daripada Tencent, Facebook, Google dan juga PayPal.