Artikel

Peranan Perdagangan, Pelaburan Perlu Dipertingkatkan – Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bakal memberi penumpuan kepada faktor perdagangan dan pelaburan pasaran.

Penekanan ini dapat dilihat menerusi ucapan Datuk Seri Mohamed Azmin pada acara Mesyuarat APEC secara atas talian.

Langkah ini bagi meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi menjadi lebih inklusif, disamping turut mengekalkan kebebasan perdagangan negara dengan bersifat terbuka.

Selain dua faktor utama itu – galakkan penyertaan permain industri pada sektor ekonomi negara juga turut menjadi agenda penting buat Malaysia.

Usaha ini baik untuk kesemua negara Asia yang terlibat dalam mengembalikan dan memulihkan semula pertumbuhan ekonomi serantau.