Jepun kekal dengan keputusannya untuk meneruskan acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada musim panas hadapan bersama dengan kehadiran penonton.
Menurut laporan Kyodo News, persetujuan itu merangkumi kata sepakat Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga dan Ketua Jawatankuasa IOC, Thomas Bach.
Perbincangan persiapan acara sukan global itu kini sedang dilakukan – pelbagai faktor sedang dipertimbangkan bagi memastikan jaminan keselamatan kehadiran pengunjung dan pihak yang terlibat dapat dilaksanakan.
Pada pertemuan itu, Suga dan Bach sepenuhnya menyuarakan nekad mereka dalam menjadikan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik sebagai kejayaan besar musim panas 2021 di Tokyo kelak.
Untuk makluman acara Olimpik dijadualkan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, sementara itu sukan Paralimpik pula pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.