Artikel

Sebanyak 210,000 Permohonan Rayuan BSH Kini Diluluskan, Terima Dana Mulai 23 November

Terdapat 210,000 permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 kini diluluskan.

Kenyataan ini telah dimaklumkan semalam oleh Kementerian Kewangan (MOF). Dana tersebut akan disalurkan kepada para penerima mulai 23 November ini.

Pembayaran tersebut dijangka memberi manfaat kepada 192,200 isi rumah dan 18,000 penerima bujang yang berusia diantara 40 hingga 59 tahun. Anggaran peruntukan bantuan adalah RM231 juta.

Untuk makluman, permohonan rayuan ini telahpun dibuka sejak 7 Ogos hingga 6 September 2020, dan dokumen ini telah diteliti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sekitar 250,000 permohonan rayuan telah diterima dan disemak semula.