Artikel

Sekiranya Angka Kes KL Terus Meningkat, Cadangan PKPD Akan Dipertimbangkan

Sekiranya angka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan tertentu terus meningkat, berkemungkinan besar cadangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dipertimbangkan.

Bagaimanapun, tindakan itu perlulah melalui perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri penguatkuasaan itu buat masa ini tidak akan dilakukan.

Pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum melaksanakan PKPD di Kuala Lumpur atau mana-mana kawasan tertentu.