Antara fokus utama siswazah pada permulaan sektor pekerjaan adalah memperolehi gaji sekitar RM2,500 hingga RM3,500 dan bulanan elaun latihan industri sekitar RM1,000.
Tinjauan Talentbank memperlihatkan terdapat beberapa faktor yang difokuskan oleh graduan lelaki dan wanita dalam sektor pekerjaan. Untuk makluman seramai 24,000 siswazah institut pengajian awam dan swasta telah terlibat pada tinjauan ini.
Selain gaji, memiliki waktu bekerja yang fleksibel dan peluang pekembangan kerjaya juga antara faktor yang turut diperlihatkan oleh para siswazah. Graduan lelaki lebih memilih untuk mengembangkan kerjaya mereka.
Sementara itu, graduan wanita pula dilihat lebih memilih untuk memiliki bos dan kepimpinan syarikat yang baik.
Kepimpinan yang menarik itu merangkumi faktor imej sesebuah syarikat. Berdasarkan laporan itu, Maybank dan Petronas antara syarikat yang menarik minat siswazah negara.
Untuk pengetahuan pembaca, berdasarkan data KPT – anggaran seramai 41,161 graduan 2019 yang masih belum bekerja telah dicatatkan. Ini bermakna, tambahan anggaran bagi graduan tahun ini sebanyak 75,000 graduan menjadikan angka anggaran keseluruhan graduan negara yang terkesan adalah sebanyak 116,161 individu.