Artikel

KWSP Kini Sedang Memperincikan Akses i-Sinar Bagi Pengeluaran Akaun 1

Kemudahan akses ke Akaun 1 KWSP, i-Sinar kini sedang diperincikan.

Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang memuktamadkan akses i-Sinar. Ia dibentuk bagi meneliti konsultasi bersama pihak tertentu dengan ahli pencarum yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19.

i-Sinar, Akaun 1 adalah sebuah platform lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari dari Akaun 2. Dijangka sekitar RM30 bilion pengeluaran i-Lestari akan dicatatkan. Pengeluaran Akaun 2 itu akan berakhir pada Mac 2021 kelak.

Menerusi penerapan i-Sinar dan i-Lestari ini, KWSP yakin iniasitif tersebut dapat membantu rakyat negara menangani kesan bebanan aliran tunai.

Segala perincian berhubung akses i-Sinar akan dimaklumkan pada 18 November ini. Permohonan i-Sinar boleh dilakukan bermula Disember ini, dan amaun yang diakses akan dikredit pada Januari 2021 kelak.