Artikel

Lebih 200 Juta Barangan Terjual Pada Kempen 11.11 – Shopee

Shopee kini telah mencatatkan sekitar lebih 200 juta barangan e-dagang telah terjual bersempena jualan 11.11.

Peningkatan sehingga 3 kali ganda berbanding tahun llau dengan 70 juta barangan terjual – sememangnya suatu data yang menarik.

Berdasarkan kempen jualan tersebut, 3,000 peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Shopee telah meraih purata perolehan sebanyak RM55,000.

Pencapaian itu secara tidak langsung meningkatkan pertumbuhan aliran tunai negara pada platform e-dagang. Malah, data itu turut menjangkakan potensi e-dagang negara mampu meningkat sekitar 20 kali ganda, sekaligus meningkatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.

Ternyata kesan COVID-19 telah meningkatkan penglibatan peniaga dan kuantiti barangan jualan. Secara kolektif, peniaga menjual lebih dari 680,000 barangan dan inisiatif rangsangan telah membantu PKS tempatan mendigitalkan perniagaan mereka dan bangkit dari kesan pandemik.

Bagi peringkat global platform Alibaba Group, rakyat Malaysia menduduki tempat keempat selaku pembeli barangan terbesar dari China. Sementara itu, peringkat tempatan – negeri Selangor mencatat jumlah tertinggi dalam aktiviti membeli-belah, dengan pembelian 650,000 barangan dalam masa satu jam pada 11 November dicatatkan.