Artikel

Tempoh Bekerja Di Kuala Lumpur Melebihi 48 Jam Seminggu, Atasi Negara Maju Jepun – Laporan

Ternyata Kuala Lumpur adalah antara bandar paling lama tempoh bekerjanya di dunia.

Berdasarkan tinjauan Kisi – Malaysia antara lima negara yang memiliki tempoh bekerja lama di sesebuah bandar. Bandaraya Kuala Lumpur mencatatkan kedudukan ke empat dalam tinjauan tersebut.

Sekiranya sesebuah bandar mencatatkan angka melebihi 48 jam seminggu tempoh bekerjanya – maka ia diklasifikasikan bandar yang memiliki populasi pekerja yang bekerja terlalu kuat. Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) menetapkan maksimum jam pekerjaan adalah pada 40 jam seminggu.

Untuk makluman, akta pekerjaan Malaysia menetapkan 48 jam seminggu waktu bekerja dengan maksimum 8 jam sehari dan 6 hari tempoh waktu bekerja seminggu. Namun melebihi 48 jam tempoh seminggu bekerja adalah suatu perkara yang membimbangkan.

Secara langsung memaparkan budaya pekerjaan di Kuala Lumpur kurang sihat dan memiliki bebanan tugas yang tinggi.

Malah apa yang lebih menarik, penentuan kedudukan ini masih kekal seperti tahun lalu, 2019 Kuala Lumpur tetap di tangga keempat sebagai bandar yang memliki pekerja, bekerja melebihi masa.

Bagaimanapun, bagi faktor bandar memiliki keseimbangan pekerjaan dalam persekitaran – Malaysia telah turun dari tangga 40 (2019) dan kini tangga ke 47 pula.

Kenyataan itu dilihat agak merunsingkan – ini kerana berbanding 4 negara lain, kadar upah dan gaji Malaysia masih lagi rendah – dan kini kadar pengangguran pula semakin tinggi.