Artikel

BNM : Sambung Ansuran Pinjaman Jika Mampu, Faedah Akan Terus Dikenakan Atas Amaun Ansuran

Bank Negara Malaysia kini telah menerbitkan sebuah infografik ringkas dalam usaha untuk menghilangkan salah faham orang ramai berkaitan dengan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar.

Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, pelbagai pihak terjejas, sekaligus membawa kepada kesukaran dan cabaran dalam membayar balik pinjaman. Terbaharu, melalui laman khusus, Bank Negara Malaysia memberikan penerangan lanjut mengenai bantuan ini. Ia diberikan kepada mereka yang terjejas, dan bantuan diberikan dalam bentuk kurangkan kadar ansuran dan lanjutan tempoh pinjaman.

Bantuan ini akan disediakan kepada semua peminjam yang layak antara 23 November sehingga 30 Jun 2020 kelak.

Selari dengannya juga, Bank Negara Malaysia telah menekankan yang mana 85% peminjam telah mula membayar balik ansuran bulanan. Langkah ini turut digalakkan sekiranya anda mampu, kerana tindakan mengurangkan atau menangguhkan bayaran ansuran akan menyebabkan hutang keseluruhan menjadi lebih tinggi.

Setakat ini, kira-kira 85% peminjam telah mula membayar ansuran bulanan mereka. Bagi peminjam yang mampu berbuat demikian, tindakan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri kerana tindakan mengurangkan atau menangguhkan bayaran ansuran akan menyebabkan hutang keseluruhan menjadi lebih tinggi, yang akhirnya perlu ditanggung oleh peminjam pada masa hadapan. Peningkatan ini berlaku kerana faedah akan terus terakru ke atas mana-mana bayaran balik pinjaman yang telah ditangguhkan dan peminjam perlu membayarnya pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, sekiranya anda menghadapi sebarang kesukaran membuat bayaran balik pinjaman, anda boleh berhubung dengan bank masing-masing, AKPK atau BNMTelelink dalam membantu anda.

BNM Tanggapan Salah