Caltex merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi untuk digunakan sebagai bahan api kenderaan. Terbaru, Caltex telah mengumumkan kerjasama dengan Shopee untuk penyelesaian pembayaran nirtunai mereka.
Melalui kerjasama ini, pembayaran melalui dompet digital ShopeePay akan diterima di lebih 420 stesen Caltex seluruh negara.
Dengan penawaran ShopeePay ini, ia menawarkan alternatif untuk kaedah bayaran – selain daripada menggunakan tunai atau kad. Apatah lagi, pada era norma baharu ini, pembayaran nirtunai digalakkan – dan penerimaan ShopeePay di Caltex akan memudahkan lagi urusan pengguna.
Selari dengan pengumuman kerjasama ini, mereka yang melakukan pembayaran lebih RM40 di Caltex menggunakan ShopeePay, akan menerima pulangan tunai sebanyak RM4. Promosi pengenalan ini akan berakhir pada 31 Disember 2020 kelak.