Kementerian Perumahan dan Kerajaan Temmpatan kini telah melancarkan garis panduan pemberian pinjaman wang secara atas-talian atau turut dinamakan kredit komuniti.
Melalui perkhidmatan ini, ia akan memudahkan syarikat kecil dan sederhana, atau individu untuk mendapatkan pinjaman kecil dengan mudah dan pantas secara atas-talian melalui aplikasi khusus.
Buat masa ini, sebanyak lapan syarikat menerima lesen untuk operasi pinjaman secara atas-talian ini, dan antaranya adalah termasuk BigPay, Grab dan juga Axiata. Kita mungkin akan dapat melihat implementasi ciri kredit komuniti ini pada aplikasi berkenaan dalam minggu-minggu akan datang.
Selari dengan pelancaran garis panduan dan syarikat yang menerima lesen berkenaan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut berharap agar syarikat pinjaman ini dapat mengurangkan kadar faedah – terutamanya untuk golongan B40, sebagai contoh apabila meminjam kurang daripada RM500.