Artikel

Kini MKN Membenarkan 3 Orang Dalam Kereta – DS Ismail Sabri

Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini membenarkan 3 penumpang ketika menaiki kenderaan kereta ketika keluar. Penguatkuasaan ini secara serta-merta.

Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri pada sidang MKN sebentar tadi kelonggaran itu diberikan berikutan kerajaan dan pihak berkuasa mendengar keluhan dan permintaan rakyat negara.

Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) telah mengehadkan angka inidividu dalam kereta.

Bagaimanapun, setiap garis panduan perlu dipatuhi supaya misi negara dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini berhasil.

Namun begitu, kelonggaran angka penumpang itu merangkumi individu dari rumah yang sama.

Malah angka penumpang melebihi 3 orang akan dipertimbangkan sekiranya terdapat urusan penting yang perlu dilakukan.